Salahkah bila kita benar Cinta ? untuk Dia TERistimewa ♥♥♥
Monday, July 16, 2012 ϟ 7:16 AM ϟ 0 Comment[s]
Salahkah bila kita benar Cinta ? untuk Dia TERistimewa ♥♥♥Selagi nafas ini belum terhenti, sejuta kali akan ku cuba lagi memujuk dan yakinkan kamu terhadap apa yang pernah kita lalui sebelum ini adalah sebuah keindahan. Keindahan itu lahir dari dalam hatiku dengan tinta kerinduan ini aku lahirkan dari segunung harapan. Pintaku cuma satu mahu engkau disampingku, menemani sisi gelap hidupku kerana bagiku kau umpama pelita yang menerangi langkahku.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Maafkan ku kerna tak dapat memberikan apa-apa, kerna semua yang ada padaku dan yang menjadi milikku adalah milik Allah,
Namun yang mampu ku berikan adalah kejujuran, ketaatan, keikhlasan, kebahagiaan dan ketenangan bersamamu dalam menuju redha ILAHI,
selagi nadiku masih bernafas di dunia hingga ke syurga...
Tidak Ku impi…..
Tidak ku impi kau insan sempurna,
Kerna sedar kau jua sepertiku,
Mengheret kisah masa-masa lalu,
Akibat kealpaan diri yang dulu,
Tidak ku harap engkau insan agung,
Diarak pujian maha melambung,
Ku akur kau jua sepertiku,
Cuba membaiki seribu satu kelemahan diri,
Natijah nafsu dan syaitan yang mengulit,
Tidakku perlukan serami bangsawan,
Menghambuskan aku dengan kemewahan,
Jauh sekali pangkat dan gelaran,
Yang cuma mulia dibibir manusia,
Tapi kosong di sisi ILAHI,
Mengangkat riya' dan takbur dipinggir hati,
Aduhai bakal suamiku.......
Ku impikan kau seadanya,
Meletakkan Allah dan Rasul sebagai matlamat,
Berusaha sepenuh kudrat,
Membahagiakan aku dan bakal zuriatmu berlandaskan syariat,
Moga redha rahmat ILAHI buatmu, aku dan bakal zuriat kita..
menjadi suratan hakikat…
Amiin…
>>Saya Rindu Awak....