// Kau Untukku ♥
Disclaimer


Hello Peeps !Assalamualaikum,I'm Fikriyah Aqilah, Welcome to my territory. You've dropped in my space. Be nice here and copycats not allowed. Please respect me and I'll respect you. Don't copy anything here without my permission. Thank you :)


Back to entry
Meet the owner
Exchange links


Chatzone

Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (HR Muslim).





Credits

Template is made by PiKevin.
The basscode is taking from Ainabillah Shafie. Thanks to We ♥ It for the amazing picture. And also a big applause to Rainboee for his beautiful colour code.


All rights reserved ® FIKRIYAH AQILAH 2013.


jadikan aku wanita solehah ya Allah :')
Friday, May 18, 2012 , 11:31 PM , 0 Comment[s]
 Bismillahirrahmanirrahim..
Setiap insan yg bernama wanita pasti ada perasaan ingin menjadi yang terbaik dalam hidupnya samada sebgai rakan yg terbaik, anak yg terbaik, isteri yg terbaik atau muslimah yg terbaik kerana semua perasaan itu adalah satu kurnian dari Allah swt. Perasaan itu juga merupakan sebagai satu petanda bahawa iman masih ada dlm diri walaupun kita kekadang berasa yg kita terlalu dekat dengan kemungkaran dosa dan terlalu jauh dengan hidayahnya. Insyallah selalulah bermuhasabah diri dan positif pd diri kita bahawa Allah masih dan sentiasa ingat pada kita cuma kita sahaja yang selalu lupa padanya. 


RAHSIA AMALAN WANITA SOLEHAH :

1. Mendirikan solat

Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin  dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya

Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.

3. Bersyukur dan redha

Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.

4. Selalu bersedekah

Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri

Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya  melakukan maksiat dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah

Wanita solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun  Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.

7. Menjaga amanah.

Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran

Wanita solehah  selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.

dah bace ? 
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini. Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,
Kemanisan wanita solehah ,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu ,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu ,

saya ingin sekali menjadi perempuan solehah, yang baik. tetapi kadang-kadang saya tidak mampu untuk melawan bisikan syaitan yang mengajak ke arah kemaksiatan..betapa hati ini betul2 nak berubah. menjadi wanita solehah yang menutup aurat seperti yang diperintahkan Allah dan seperti disunahkan Rasulullah SAW. ya Allah hamba tahu ya Allah Engkau amat menyukai hambaMu yang menurut perintahMu. hamba ingin menjadi hambaMu yang patuh yang taat. sesungguhnya destinasi hamba ialah syurga firdausMu ya Allah. betapa kerdilnya hamba didepanMu betapa kotornya diri hamba. ya Allah Engkau telah menjadikan hamba indah. dan engkau telah berfirman seindah2 perhiasan itu adalah wanita solehah. ini bererti hamba belum cukup indah dimataMu ya Allah. ya Allah hanya padaMu hamba memohon terangilah hati hamba ini dan bimbinglah hamba agar hamba benar2 ingin berubah. yaAllah permudahkanlah segala urusan hamba. sesungguhnya jalan kesyurga itu pahit kerana syurga itu INDAH.

Semoga Allah memberi kekuatan pada saya dan kepada semua yang baca post ini untuk menghadapi segala dugaan dan rintangan untuk berubah dari sesuatu yang kurang baik kepada yang lebih baik. Sama-samalah kita berdoa semoga Allah sentiasa memberi hidayah dan perlindungan kepada kita semua. Bersabarlah, Bermuhasabahlah dan Berdoalah insyallah pasti kita boleh berjaya, sentiasalah muhasabah diri..insyallah.  :)