// Kau Untukku ♥
Disclaimer


Hello Peeps !Assalamualaikum,I'm Fikriyah Aqilah, Welcome to my territory. You've dropped in my space. Be nice here and copycats not allowed. Please respect me and I'll respect you. Don't copy anything here without my permission. Thank you :)


Back to entry
Meet the owner
Exchange links


Chatzone

Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (HR Muslim).





Credits

Template is made by PiKevin.
The basscode is taking from Ainabillah Shafie. Thanks to We ♥ It for the amazing picture. And also a big applause to Rainboee for his beautiful colour code.


All rights reserved ® FIKRIYAH AQILAH 2013.


Couple adalah Haram?
Sunday, May 20, 2012 , 3:17 AM , 0 Comment[s]
      Assalamualaikum :)

Couple.?.korang mesti taw ape kapel tu kan?
Kadang kadang timbul suara-suara orang jahil yang mempertikaikan hukum agama yang mengatakan couple adalah haram. Bagi mereka, couple ini tidak haram sebaliknya sebagai jalan untuk mengenali pasangan masing-masing dengan lebih dekat lagi. Itu memang ada benarnya jika anda tidak fikir dalam-dalam. Mengapakah Islam melarang penganutnya untuk bercouple-couple ini?            

Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda:

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”..

Cuba renungkan ini:

1. Orangg yg bercouple tidak mungkin menundukkan pandangan terhadap kekasihnya.
2. Orang yg bercouple biasanya berdua²an dgn pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau luar rumah.
3. Wanita akan bersikap manja & mendayukan suara saat bersama kekasihnya.
4. Bercouple akan membuatkan saling menyentuh antara lelaki & wanita, meskipun hanya berjabat tangan.
6. Org yg bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan org yg dicintainya (zina hati)

Yang Haram Tetap Haram…! Jom ! Kita Berubah SamaSama :)