ALLAH rancang untuk kita berdua :)
Tuesday, May 22, 2012 ϟ 11:04 PM ϟ 0 Comment[s]
Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun,ALLAH yang RANCANG..Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga,ALLAH yang BERI..
Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa,ALLAH yang ATURKAN..
Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga,kerana ALLAH SAYANG PADA KITA..
Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga,DIA yang RANCANG...
Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga,ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita..
dan ketahuilah, sama ada hubungan kita akan,BERKEKALAN sehingga ke SYURGA atau
TERPUTUS di TENGAH JALAN juga
ALLAH yang akan tentukan...
jadi, usah risau..andai kamulah jodoh yang ditetapkan ALLAH di Luh Mahfuz untukku...
InsyaAllah kita akan BERSATU juga walau dipisahkan dengan jarak dan masa
Kalau Ikutkan...Mata ini ingin selalu memandangmu..Tapi tak ku teruskan…Bimbang akan mencium bau zina….Hati pula tak kuingini dikuasai oleh nafsu…Lalu aku tinggalkan semuanya….Tak ku zahirkan didepanmu….Cukup hanya ALLAH saja yang tahu…
Ku tersenyum padamu bukan beerti ku ingin menggodamu….Kerana aku takut ku kan terbakar dalam godaan itu...Cukup sekadar ingin mengatakan ku senang dengan kehadiranmu….Kadang2 seperti sebuah harapan dihulurkan…Tapi aku tak terus melompat girang….Kerna ku tak yakin apakah benar tiap apa yang dikatakan….Bukan senyum tawa yang kurasakan tapi deraian airmata yang kutitipkan…
Bimbang dihati kian mengembang…Gusar andai yang kuinginkan tak seperti yang kau bakal berikan….
Mampukah diri ini menelan segala kekecewaan?Mungkin ya jika segalanya kerana TUHAN dan berlandaskan iman…Tiap masa doa kurafakkan…Moga DIA membuka pintu hatimu….Biarpun aku tak pasti bukan untuk menerimaku…Kerana cintaNYA aku mengenalimu…
Kerana kasihNYA aku mula mendekatimu…
Kerana agama yang ada padamu aku mula jatuh hati padamu…
Namun cinta yang didamba hanyalah cinta yang mendatangkan pahala….
Biar hati2 kita bersatu kerana ingin memiliki redhaNYA…
Biar hati2 kita bertaut kerana ingin berjuang demi agamaNYA…
Biar hati2 kita saling menyinta untuk menuju syurgaNYA…
Moga kata hati yang kurasakan ini bukanlah cinta yang akan mengheret kita kepada dosa dan kemurkaan ALLAH…
Biar kita sama2 mengubati kehausan jiwa kita dengan secangkir air cinta dari syurga…
Bukan menjemput air timah dari neraka…
Sesungguhnya aku memahami bukan mudah meraih cinta yang berbuah pahala…
Biar syahadat cintaku padamu ini terus bersemadi dihati…
CeritaHati: Jodoh itu rahsia ALLAH. Hati kita milik ALLAH, ALLAH yang jaga hati kita. Sebelum kita nak gapai cinta manusia, pastikan dulu kita utamakan cinta ALLAH. InsyaALLAH, ALLAH akan temukan dengan pemilik yang terbaik. Ingat, cinta bukan tiket untuk gadai maruah. Tak payah risau akan perihal jodoh kita, setiap orang ada jodohnya masing-masing. Subhanallah, Maha Suci ALLAH yang Maha mentadbir bumi ini. Dah lama tak tatap langit ALLAH, cantiknya! Sungguh indah. Terdampar butiran bintang yang berkerdip menghiasi langit TUHAN!~
Dear future husband,I don’t wanna be your girlfriend,I just wanna be the one you call as WIFE.Your presence bring me Happiness,You’re my HALAL prince charming,Riding your horse of TAQWA,holding Al-QURAN on the right and SUNNAH on the left.Lead me to Jannah.. InsyaAllah :)