Tutup Aurat Bukan Semestinya Bertudung Labuh Bulat :)
Wednesday, April 18, 2012 ϟ 2:54 AM ϟ 0 Comment[s]
Bismillahirrahmanirrahim,Assalamualaikum anda anda (:
Aku syok layari internet harini tiba-tiba terserempak dengan satu blog nie..
And aku terbaca satu artikel yang menarik, jadi aku nak kongsi. Ni sikit je, baca penuh kat blog asal okay.
Memanglah kita perempuan, bukan disuruh dan diwajibkan pakai tudung labuh yg labuh bulat tu, labuh bawah siku etc. tapi kita diwajibkan menutup aurat dengan sempurna. Iaitu memakai tudung yang tutup dada, tak jarang, tutup rambut, leher, telinga, yang cukup satu set. Termasuklah melonggarkan pakaian, menutup semua anggota kecuali muka dan tapak tangan kpd org yang bukan muhrim.
Tapi menuju ke arah yang lebih lebih baik, takde salahnya :)
Apabila meneliti keadaan penampilan diri yang agak tidak sempurna penutupan auratnya, hati tiba-tiba terasa malu kepada Allah. Mengenangkan kejahilan diri melanggar perintah & garis panduan yang telah ditetapkannya. Namun, di saat diri mahu berubah. Di celah-celah semangat itu dilunturkan pula dengan tohmahan orang sekeliling. Lantas lantaran dek mengenangkan kata-kata perlian & kejian yang bakal dilalui. Tambahan pula diri dilahirkan dalam keluarga yang ‘biasa-biasa’ sahaja penerapan & pelaksanaan agamanya, diri terkenang pula apa kata keluarga jika tiba-tiba berubah penampilan kelak.
'Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang, rambut mereka laksana goh-goh unta (didedah dan dibanggakan). Sungguh, mereka itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.' -Riwayat Bukhari dan Muslim.
Ingatlah, yang paling ramai dalam neraka tu, perempuan. Nak ke kita in-the-list? Allah SWT dah naikkan darjat kita perempuan daripada dijadikan hamba seks, mainan semata-mata, dianggap bawa badluck, dibunuh, dipandang rendah, dipandang hina. Jadi hargailah, janganlah kita jadikan diri kita macamtuh semula.
Senang-senang dipandang, senang-senang disentuh, senang-senang dimainkan, senang-senang ditegur, senang-senang dilihatkan badan kita, yg sepatutnya kita lindungi dan jaga.
Jadi, jom jaga aurat, jom jaga maruah.
Peringatan buat semua, termasuk diri ini. Kita manusia selalu buat kesilapan tapi itu bukan alasan kita tak boleh nak memperbaikinya lebih-lebih lagi bila kita dah tau kebenaran dan kesilapan kita.
Undur diri, salam 'alaik :)