// Kau Untukku ♥
Disclaimer


Hello Peeps !Assalamualaikum,I'm Fikriyah Aqilah, Welcome to my territory. You've dropped in my space. Be nice here and copycats not allowed. Please respect me and I'll respect you. Don't copy anything here without my permission. Thank you :)


Back to entry
Meet the owner
Exchange links


Chatzone

Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (HR Muslim).





Credits

Template is made by PiKevin.
The basscode is taking from Ainabillah Shafie. Thanks to We ♥ It for the amazing picture. And also a big applause to Rainboee for his beautiful colour code.


All rights reserved ® FIKRIYAH AQILAH 2013.


Tak Boleh Ke Nasihat Dengan Cara Yang Baek =_="
Tuesday, April 3, 2012 , 6:53 AM , 0 Comment[s]
Assalamualaikum.

Dalam hidup ini, kita perlu sentiasa berubah sama ada mengubah atau diubah. Perubahan yang saya maksudkan disini ialah berubah menjadi lebih baik pada setiap hari yang mendatang dan bukannya berubah menjadi lebih buruk sifatnya dan lebih jauh di sisi Allah. Oleh itu, kita perlu tahu bagaimana untuk mengubah diri kita supaya kita lebih disayangi dan dihormati oleh orang disekeliling kita. Jangan kita menjadikan alasan tidak mahu, tidak mahu dan tidak minat sebagai alasan untuk berubah kerana kelak, diri sendiri yang akan rugi.

Saya tak salahkan dia sebab itu adalah cara dia cuba menasihatkan orang lain..Tapi tak boleh ke tegur orang dengan baik ? jangan laa kasar-2...Terpulang kepada setiap individu untuk memikirkan mana baik dan mana buruk.

Jadi, apa yang membuatkan saya berfikir panjang ialah, kerana adanya perkataan bodoh disitu. Bagi saya, perkataan bodoh tu mungkin agak kasar untuk digunakan ketika menasihat seseorang .Saya juga seperti anda, dan mungkin lebih teruk daripada anda, kerana saya juga manusia biasa yang masih terlalu banyak yang perlu saya pelajari.

Jika mahu menyuruh orang berubah..lihat lah diri anda dahulu. Sempurnakah Anda ?
Lebih manis bukan jika ditegur dengan lemah lembut? Jadi, marilah kita bersama-sama perbaiki diri kita.


"Belajarlah mencontohi peribadi Rasulullah s.a.w. yang berlemah lembut 
dalam segala perbuatan dan tingkah lakunya..." :)