// Kau Untukku ♥
Disclaimer


Hello Peeps !Assalamualaikum,I'm Fikriyah Aqilah, Welcome to my territory. You've dropped in my space. Be nice here and copycats not allowed. Please respect me and I'll respect you. Don't copy anything here without my permission. Thank you :)


Back to entry
Meet the owner
Exchange links


Chatzone

Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (HR Muslim).





Credits

Template is made by PiKevin.
The basscode is taking from Ainabillah Shafie. Thanks to We ♥ It for the amazing picture. And also a big applause to Rainboee for his beautiful colour code.


All rights reserved ® FIKRIYAH AQILAH 2013.


CINTA♥CINTA♥CINTA♥
Saturday, January 21, 2012 , 7:50 AM , 0 Comment[s]
Indah ke cinta remaja?
Kalau benar itu cinta..,
Hanya pada Allah SWT tempat bergantung harap,
curahkan segala harapan dalam doa,
kawallah diri dan jagalah cinta itu agar tidak tercemar dengan nafsu dan noda
kawallah hati agar tak pernah lupa akan Tuhan yang mencipta
jangan patah hati hingga memakan diri
sedang Allah lebih mengetahui dan
Dia telah merancang yang sebaik-baiknya bagi tiap-tiap ciptaan-Nya.

Tanya pada hati..Apa yang sebenarnya kita cari dalam hidup?
Cari cinta yang kita agung-agungkan sedangkan sifatnya sementara,sekelip mata boleh lenyap?
Kita sibuk bercerita;
‘si polan minta couple dengan aku’
‘Nak pakai baju apa nak dating esok?’
‘Ak nak belikan couple T-shirt,couple ring untuk dia la’
‘Apa nak bagi untuk birthday dia ek?’
‘Dia ajak lepak-lepak kat bandar’
‘Mana ada kitorang pegang-pegang’
‘hari tu dia ajak jumpa,dia peluk aku,dia sweet’
‘dia suka aku,dia kata aku cantik’
‘waktu malam and petang dia bonceng aku round satu taman’
‘Dia pimpin tangan aku,dia kata tangan aku lembut,dia kata dia sayang aku’
‘kitorang ambil gambar sama-sama,dia rapatkan bahu and pipi dia kat pipi aku,dia kata nak masukkan fb,nak wat default picture fb’
‘dia nak wat in relationship with aku kt fb,bahagianya..semua orang tau..’
Nauzubillah hi min zalik
lekanya dengan cinta nafsu..
seronoknya dengan cinta yang tak halal..
hingga terbang melayang perasaan malu dalam diri
lantas maruah dan harga diri terus lenyap juga dosa bertambah..

Kemudian suatu masa kita sibuk menangis,menjerit,meraung;
‘dia tipu aku’
‘dia curang dengan orang yang aku kenal’
‘dia ambil kesempatan sebelum dia tinggalkan aku’
‘aku nak bunuh diri,aku bunuh dia,tak guna aku hidup lagi’
Lalu terbitlah dendam yang tak bertepi dan menzalimi diri sendiri dengan bertindak bodoh

mcm nie laa kut org lepas putus cinte erk ?hihi

..Jika kamu MENANGIS kerana lelaki,
berhenti dan cuba FIKIR kembali..
adakah sebenarnya cinta dia yang kamu cari atau cintaNya?
Adakah yang bertapak di hatimu betul-betul cinta sejati?
atau hanya kerana dia keluarkan KATA-KATA MANIS?
Benda manis pun ada tarikh luputnya tahu?
Adakah insan seperti dia yang kamu rasa boleh MEMIMPIN kamu kelak?
Boleh pandu BAHTERA keluargamu ke arah REDHANYA?
Boleh MEYAYANGI kamu sepenuh hati, terima seadanya CACAT CELA?

>>> Kesat air mata itu..sesungguhnya harga dirimu LEBIH PENTING,
sesungguhnya harga AIR MATAMU lebih BERNILAI..
lebih BERHARGA jika dibazirkan untuk lelaki itu..
BERSABARLAH, berhenti menangis, berhenti berharap pada yang tidak pasti..
YAKIN dengan JANJI Allah..
orang yang baik adalah untuk orang yang baik-baik dan kamu LAYAK untuk orang yang LEBIH BAIK


Tanya pada hati…mana dia cinta untuk Allah?
bukalah mata luas-luas,bukakan pintu hati yang tertutup itu.
Semua manusia tak sempurna,semua pernah buat salah dan dosa
tapi Jangan kata ‘nanti Hidayah tu akan datang sendiri’
Alhamdulillah andai hidayah petunjuk itu datang sendiri
Tapi sedar tak bahawa Allah uji untuk kita minta pertolongan pada-Nya dan sedar bahawa kita leka?


Sahabat yang tersayang..
Jatuh cinta bukan satu kesalahan, kerana ianya satu fitrah dan lumrah..